Wednesday, October 27, 2010

~Kok Seng Novel 1 Malaysia Part 5

Kok Seng kini duduk di jeti tempat menunggu bot kayuh penambang dari seberang sungai Sarawak. Bukan bot itu yang ditunggunya, tapi sahabat baiknya Alex yang berbangsa Iban berjanji mahu bertemu di situ.

Sesekali pandangan Kok Seng melirik kepada seekor buaya di tepi waterfront yang mulutnya ternganga seolh-olah ingin menelan orang yang lalu lalang di sekitarnya, atau mahu menelan bangunan tinggalan bekas empayar keluarga Brook yang terletak di seberang sungai.

Apakah niat sebenarnya tidak diketahui oleh Kok Seng. Tapi yang anehnya orang-orang yang lalu lalang di situ tidak lansung merasa takut. Bahkan gadis-gadis tidak ketakutan lansung walaupun ia seekor buaya. Ada anak gadis yang dengan seronoknya bergambar di samping buaya itu. Tidak kurang pula yang bangga dapat 'posing' di atas kepalanya.

Ini kerana buaya itu hanyalah patung yang tidak mempunyai roh dan jiwa. Buaya yang tidak berhakikat. Yang demikian itulah dicari oleh Kok Seng. Hakikat dari sebuah kehidupan.

Kini Kok Seng memfokuskan pandangannya pada bot kayuh yang datang dari seberang.

No comments:

Post a Comment