Tuesday, October 26, 2010

Kok Seng Novel 1 Malaysia Part 4

Kok Seng ke luar rumah dan berehat di beranda. Di atas pokok dilihatnya seekor burung gagak yang bertenggek secara tidak setabil di atas ranting kecil, sekejap badannya ke depan sekejap ke belakang bagi menyeimbangkan badannya takut jatuh. Tapi anehnya warna bulu pelepah gagak itu tidak berapa hitam seumpama gagak-gagak yang lain.

"Hiiiiii!!!" Kok Seng menyapa gagak itu sambil melambaikan tangan gaya P. Ramlee dalam filem Ali Baba Bujang lapuk. Burung gagak itu menggerakkan kepalanya ke depan dan seolah-olah nenek tua mengangkat cermin matanya bagi memfokuskan siapakah yang berkata-kata itu.

Tanpa disedari Kok Seng burung itu tersesat di Kuala Lumpur. Ia berasal dari selatan Thailand. Terbang dari sana kerana mengejar seekor gagak lain yang mengintainya berak.

Kok Seng mengelamun seketika teringat semasa dia di Waterfront, kuching. Dilihatnya beberapa ekor gagak memakan sisa makanan di kawasan laluan jalan kaki.

No comments:

Post a Comment