Bot kayuh itu bergerak perlahan di permukaan sungai Sarawak. Kelajuannya bagaikan basikal yang di kayuh perlahan. Dua pendayung besar yang menguak air menghasilkan irama sentimental bagaikan muzik instrumental dari lagu Anwar Zain.
Kok Seng mula teringat lawak komedi Pi Mai Pi Mai Tangtu dalam dialek pantai timur yang cukup difahaminya:
Mat Over: Banyok aku bele ikang, kuok2 air napok ikang.(Kuak air nampak ikan).
Wesmai Golok: Aku lagi banyok, kuok2 ike napok air (kuak ikan nampak air.
Tatkala bot kayuh itu mencium tebing jeti, Kok Seng cuba memerhatikan seorang demi seorang penumpang bot yang keluar adakah Alex salah seorang dari mereka.
Akhirnya setelah berpuashati Kok Seng pun mula confirmkan bahawa tidak ada seorang pun daripada mereka yang namanya Alex, namun ada sesosok tubuh yg besar merupakan orang terakhir keluar dari bot. Mungkin itu Alex raja lawak tapi bukan Alex yang ditunggu oleh Kok Seng.
Setelah dua jam lamanya berada di Waterfront itu, Kok Seng merasa berputus asa. Dia berpaling hendak pergi. Serentak dengan itu dia terdengar suara perempuan memanggilnya:
"Kok Seng!"
No comments:
Post a Comment