Saturday, October 30, 2010

Kok Seng 1 Malaysia Novel Part 9

Kok Seng terhenti dan dilihatnya burung gagak yang dilihatnya sebelum mengelamun tadi sudah tiada di tempatnya. Rupa-rupanya burung itu dapat melihat lamunan Kok Seng dan menyedari bahawa burung gagak dalam lamunan Kok Seng yang memakan sisa makanan itu adalah sepupunya yang sudah setahun tidak ditemuinya. Dia bergegas terbang ke Kuching.

Burung gagak itu tidak menyedari selepas terbang melintasi daratan ini dia akan menemui lautan yang luas sebelum sampai ke Kuching. Sudah tentu ini akan menyukarkannya kerana dia tidak akan menemui dahan untuk berehat dan makanan untuk mengalas perut. Namun perasaan silaturrahim di dalam jiwanya agak kuat dan dia yakin akan dapat menemui sepupunya di Kuching.

Semakin tinggi gagak terbang, semakin dia keletihan. Bulu-bulu pelepah di sayapnya semakin banyak yang tanggal menyebabkan sayapnya kekurangan bulu. Aliran udara di bahagian atas sayap semakin perlahan kerana permukaan sayap yang semakin kecil akibat kebocoran udara. Gagak terasakan bagai hendak jatuh.... Prinsip Bernoli sudah semakin kurang pada sayapnya.

Pandangannya agak berpinar-pinar. Tiba-tiba didepannya seolah-olah ada sesuatu yang berwarna putih seperti bongkah ais di Antartika. Gagak tidak menyedari perlanggaran itu. Dia hanya tersedar sewaktu tertiarap dan terdampar di atas hamparan rata awan berwarna putih. Sejuk dirasakannya hingga ke tulang.Tiba-tiba dari jauh kelihatan samar-samar sesosok tubuh manusia semakin menghampirinya. Gagak memanjangkan lehernya hendak fokus siapa orangnya."Kok Seng?" Gagak itu terkejut.

"Heii gagak!!"Kok Seng memecah kesunyian sambil menghunus pisau, dia petah bercakap Indon,"Lo telah merampas kedudukan gue dalam cerita ini. Gue adalah hero novel ini! Gue bunuh lo!!"Sambil menusukkan pisau ke tubuh gagak.

No comments:

Post a Comment