Kok Seng masih menggunakan gelarannya iaitu kokseng bermakna ikut dan dalam bahasa kelantan, begitulah penulis novel ini main ikut dan memerah idea menyebabkan cerita bagai tidak berkesinambungan bermain dengan ilusi dan realiti. Lagipun, bukankah kebiasaannya penulisan novel itu berdasarkan ilusi pengarangnya. Kalau kau nak mencari Zainudin dan muluk jenuhlah kau mencari di alam luar ini. Tengkorak dan mayat hayati jenuhlah kau mencari di dasar laut. Teknologi google pun tak dapat mencarinya!
Kok Seng kini ke ruangan konvension pwtc. Katanya ada konvension batik sedunia. Baru saja dikopaknya pintu konvension itu dia kehairanan kerana ada seorang berpakaian pahlawan zaman dahulu sedang berucap,
"Kita mestilah menggunakan cara mengamuk untuk menyingkirkan pemerintahyangzalim, lihatlah aku! Aku dapat menghalau sultan Melaka dari istananya! Hahahaha!!!"
Tiba-tiba ada seorang india botak berkaca mata berselempang putih mencelah,
"Salahcara kau tu Jebat! Lihatlah aku.. Menggunakan cara yang proaktif mengumpulkan pengikut sehingga penjajah British angkat kaki!"
Seorang cina berpakaian tentera berambut pendek pula menggamatkan suasana,
"Aku pula membawa pengikutku lari dari komunisme ke sebuah pulau bernama Taiwan"
"Cis! Gandhi, Kai Shek! Kamu berdua mengganggu ucapanku! Aku nak mengamuk!"pekik orang yang berpakaian pahlawan lama itu.
"Itukah Hang Jebat?" Fikir Kok Seng.
Sunday, December 20, 2015
Thursday, December 17, 2015
Part 19 - Liga CCL
Habis berurusan dengan Ina, Kok Seng keluar melangkah kaki dengan kepalanya bagaikan berkabut dengan mega jingga, "sudah terlewat" fikirnya... Setelah dia mengetahui Ina akan berkahwin minggu depan dengan seorang jutawan berpangkat datuk. Langkahnya kian longlai. Dalam Chevrolet Kok Seng termenung..."kalau aku masih dalam liga CCL ada cara aku nak release tension" fikirnya... Dia teringat baru minggu lepas dia menjaringkan gol penyamaan yang membawa pasukannya ke tangga kedua liga. Tapi malangnya selepas itu kedudukan pasukannya jatuh dua anak tangga setelah pasukan di bawahnya menewaskan pendahulu liga 7 - 0. "Hidup ini memang akan ada naik turunnya macam liga bolasepak juga" hatinya membuat kesimpulan.
Tiba-tiba Kok Seng teringatkan Kamil serta nasihat-nasihat hikmah serta Pak Jak yang menyangka dia telah Islam. Dia teringat juga mendiang Alex yang mati kemurungan, dia teringat gadis-gadis LRT yang berpakaian seksi bergayutan tanpa arah... Dia teringat perbualan kambing, Zainudin dan Hayati, Muluk, ikan ikan berloncatan, kucing serta serangga terbang, burung gagak serta Lara yang berjiwa lara di kota Kucing... Namun ingatan kepada TPK yang dipujanya sebelum ini datang kemudian. Baginya TPK adalah benda mati. "Aku ingin menyembah Tuhan yang hidup!" Pekiknya di dalam chevrolet mengejutkan pemilik butik Inasalam dalam pejabatnya.
Satu anjakan paradigma yang meningkat naik dan mendadak, bagai pasukan bawah menguasai liga. Pak Jak kini gembira, Kamil gembira. Cahaya telah datang dalam kehidupan Kok Seng yang kini adalah Kasim. Dia mula membeli seluar panjang untuk bermain dalam liga CCL!

Subscribe to:
Posts (Atom)