Thursday, October 28, 2010

~Kok Seng 1 Malaysia Novel Part 7

Kok Seng menoleh kepada suara wanita yang memanggilnya, dia mengenal orang itu adalah Laura, adik kepada Alex. Wajahnya tidaklah menawan. Orangnya kecil sekitar beratnya kurang lebih 45kg sahaja. Memakai T-shirt warna putih. Pandangan Kok Seng tertumpu kepada banjaran gunung yang ibarat gunung salji di Switzerland jika dilihat dari satelite,tempat pemain-pemain ski memulakan kegiatan luncur mereka. "Dah banyak kali kena ramas ni," fikir Kok Seng.

Tapi makin ke bawah baju itu kelihatan makin kotor. Kelihatan tompok-tompok oren bekas cecair buah oren yang tumpah serta bekas serat buah-buahan di samping tompok lebihan sisa buah epal yang mengering.

Laura memakai seluar jin keluaran syarikat jin, sebab itulah ia tidak kelihatan. Yang kelihatan ialah bahagian dalam iaitu seumpama kain sarung yang disingkatkan sehingga nampak pahanya yang seperti padang pasir di gurun Gobi.

Itu semua tidak menarik perhatian Kok Seng bahkan dia bertambah mual. Tambahan pula dengan muka Laura yang ibarat seperti tongkang pecah itu disamping lipstiknya yang melepasi sempadan bibir. Comot betul. Bukan itu saja tapi rambut Laura yang kering umpama bulu anak jagung itu menambahkan lagi kehodohannya. Rambut itu meleret hingga ke bahu dan kelihatan dari hujung rambutnya itu seekor kutu merayap-rayap jelas kelihatan di t-shirtnya yang putih itu. Kok Seng rasa macam nak termuntah melihat itu semua.

No comments:

Post a Comment