Burung gagak yang sejak dari tadi lagi memakan sisa makanan berjarak 10 meter dari Kok Seng dan Laura yang sedang rancak berbual. Sesekali burung gagak itu cuba mencuri dengar apakah yang dibualkan antara mereka.
Tidak ada satu pun yang jelas kedengaran bagi gagak itu yang ada hanya adalah umpama bisikan sahaja. Tiba-tiba suara Kok Seng memecah kesunyian:
"Apa? Mati?"
Kok Seng sedih betul dengan kematian kawannya, Alex yang pernah diibaratkannya seperti saudara sendiri itu. Tambah-tambah lagi setelah Laura memberitahu bahawa Alex mati dalam kemurungan. Terumbang ambing dia mengalami hidup ini. Alex mengalami saat-saat derita di penghujung hidupnya. Segalanya bermula daripada kerugiannya dalam perniagaan akibat ditipu oleh rakan sendiri. Ketika itu Alex seperti lagu P. Ramlee,"nak kurayu pada siapa".Sebab itu dia mencari Kok Seng tempatnya untuk mengadu. Tapi segalanya tidak kesampaian.
Kok Seng seedih betul dengan cara kematian Alex. Dia takut satu masa nanti dia akan mati dengan cara yang sama. Serasakan dunia sekeliling sudah tidak bermakna baginya. Seolah-olah dia ingin terjun saja ke dalam sungai Sarawak itu melarikan diri dari dunia yang penuh kekoksengan-kekoksengan ini.Tapi dia tak pandai berenang dan dia takut dengan buaya berhakikat yang mungkin menjadi penghuni sungai ini.
Tanpa permisi, Kok Seng meninggalkan Laura yang sedang dalam keadaan lara.
No comments:
Post a Comment