Wednesday, September 24, 2014

Part 17 - Watak Novel Hamka

Kok Seng masih terfikir-fikir dan termenung-menung peristiwa yang dialaminya hari itu. Petangnya sewaktu pulang kerja dari kilang batik Pak Jak, Kok Seng terasa hendak singgah di sebuah padang tempat beberapa ekor kambing meragut rumput. Dilihatnya seekor kambing berwarna putih dan seekor lagi berwarna hitam berada berhampiran seolah-olah sedang berbual-bual.
"Ha! Itu pun Kok Seng si bodoh tu!" kata kambing berwarna putih. Seolah-olah itulah bunyi yang didengar Kok Seng.
"Mengapa dia masih terfikir-fikir lagi untuk memilih jalan kebenaran?"
"Kita tak tahu lagi. Tapi kalau dia dah mati dan belum pilih lagi jalan kebenaran dia memang betul-betul bodoh!" balas si kambing hitam sambil menguatkan kunyahannya hingga gigi bawahnya kelihatan seperti menyenget.
"Betulkah kata-kata kambing itu? Bodohkah aku?" fikir Kok Seng 'confuse'.
"Kok Seng, esok boleh hantar batik ke Butik INASALAM? Nanti pagi-pagi ada budak yang akan membawa spek batik-batik tu serta alamat butiknya sekali," Pak Jak menghubungi Kok Seng melalui telefon bimbit.
"Baik papa."
Mudahnya urusan di zaman ini sejak ada handphone tak perlu menggunakan surat lagi, itu yang ada di fikiran Kok Seng sewaktu dia tiba-tiba nampak seorang lelaki berpakaian tradisi orang kampung Sumatera sedang bergembira ria menatap satu surat.
"Hai, surat apa yang menyebabkan awak begitu gembira tu?" Kok Seng memberanikan diri untuk bertanya kerana dia rasa dia kenal juga dengan orang itu, iaitu orang asal Sulawesi yang sudah lama tinggal di Sumatera.
"Hai...Kok Seng! Lama tak nampak kamu. Ini surat dari Hayati. Katanya dia akan tiba di Pelabuhan Kota Padang dengan kapal 'Van Der Vijk'. Aku ingin pergi ke rumah sahabatku Muluk bagi menceterakan berita gumbiraku ini!"
Tiba-tiba saja kelibat orang itu hilang di sebalik pepohonan. Kok Seng kehairanan. Kenapa orang itu mengenalinya? Adakah itu watak 'Zainuddin' kekasih 'Hayati' dan sahabat karib Muluk dalam novel 'Tenggelamnya Kapal Van Der Vijk' karya Prof. Dr. Hamka yang pernah dibacanya?
Kok Seng tersentak dan keluar dari alam lamunannya. Dia terus menuju kereta Chevrolet hadiah Pak Jak. Kok Seng pun pulang dengan kepalanya bermain seribu tandatanya dan bintang Zuhrah serta Kejora. Kalaulah dia mempunyai seorang 'Hayati' kepada 'Zainuddin' maka dia merasakan ada satu cahaya untuk berjalan di lorong kehidupan ini, yang selama ini dilaluinya penuh dengan kekoksengan kekoksengan percampuran antara khayalan dan realiti. Watak-watak yang dilihatnya sebentar tadi kelihatan seolah-olah begitu hidup dalam kekoksengan kekoksengannya.

Beberapa ekor ikan melompat-lompat di permukaan air dari kolam berhampiran.
'blub...blab....blub....blab...blub...blab............'


Tuesday, September 23, 2014

Part 16 - Terpinga-pinga

Kok Seng kini di rumah sewa. Dia tak sanggup lagi tinggal dengan papa angkatnya Pak Jak sekeluarga. Dia kini terpinga-pinga. Mereka sudah menganggap dia seorang Islam. Padahal  apa yang diberitahunya dulu dia kini sedang mempelajari Islam. Memang dia sedang mempelajari Islam dari Kamil setiap hari melalui telefon. Tapi dia terfikir kalau dia terus memeluk Islam dia akan memutuskan nilai tradisi yang amat dia hormati. Pagi itu dia ingin menghidupkan tradisi itu dengan melangkahkan kaki ke rumah berhala TPK.
Sesampainya di sana dia tiba-tiba terkejut dan terpinga-pinga. Seekor bangkai anjing didapatinya ada di sisi berhala TPK, ulat-ulat bangkai itu merayap hingga ke janggut TPK. Kok Seng tertanya-tanya dalam hati:
"Kalau TPK ni ada kuasa sudah tentu dia boleh menghalang ulat-ulat ni semua? Betul kata Kamil, berhala-berhala ni tak ada kuasa dan dibuat dengan tangan manusia. Yang berkuasa hanya Allah...tuhan yang mencipta segalanya, yang menguasai degup jantung, aliran darah dan pernafasan manusia".



Sunday, September 14, 2014

Part 15 - Kok Seng Novel 1 Malaysia

"Innalillahiwainnailaihirojiuun"

" Bila masa aku mati? atau siapa pula yang mati?" kata Kok Seng sebab biasa mendengar perkataan itu bila ada kematian.

"Kamu belum mati, tak ada siapa yang mati pun... Kok Seng... Kok Seng... haaa... rupa kamu dah macam orang minyak sekarang..."didengarinya suara yang amat dikenalnya itu, Pak Jak,

"Papa, sorry... kepala ku pening..."

"Eh... kamu mabuk lagi ya, kata dah masuk Islam, mana boleh minum arak lagi... kalau tak Islam celup je la kamu ni, macam batik jugak."

"Sorry papa... tadi bukannya saya mabuk tapi tiba-tiba kepala rasa pening je dengan bau dakwat batik-batik tu... ye la selama ni asyik bau simen aje..."

"Ha... pergilah bersihkan diri kamu tu, pukul dua belas nanti kita ada mesyuarat..."

"Hai...aku lihat Kok Seng tu masih kekok lagi tentang hal ehwal Islam ni... wakktu zohor tadi kita orang pergi solat dia masih kat bilik meeting lagi," keluh Pak  Jak kepada isteri ketiganya Marni.

"Kita kena ajar dia bang... selalulah bagi tazkirah sikit, ajar mana yang patut," Marni cuba menasihat.

Malam itu Pak Jak balik dari solat maghrib di masjid.

"Kok Seng mana?"

"Dari petang tadi tidur tak bangun-bangun."

Pak Jak perlahan ke bilik Kok Seng.

"Kok Seng! Bangun! Maghrib dah lewat ni!"

Kok Seng terkejut dan mulutnya terlopong!















Thursday, September 11, 2014

Part 14 - Kok Seng Novel 1 Malaysia

Kok Seng kini 'manager' kilang batik. Dia ingin membiasakan dengan batik-batik itu... matanya berpinar-pinar melihat corak berbagai jenis bunga dan daun serta awan larat. Berbagai warna pula dilihatnya kini... kuning, biru, biru tak seakan bitu, hitam, kelabu tahi anjing, biru biji kundang, merah jambu, merah caga, merah darah ikan, biru dalam biji koko, hijau sireh, hijau padi, hijau daun kelapa, hijau kulup hidung... dia pening... selama ini yang biasa dilihatnya simen, pasir, batu, batu bata, besi serta kayu sahaja. Badannya terhoyong hayang bagai mabuk arak beras. Dia keluar dari kilang, berlari-lari anak, berlari-lari rencak anjing, kemudian lebih laju dan merempuh segala yang di depannya bagai gajah tentera siam merempuh angkatan musuh. Kok Seng ingin melihat rumput yang menghijau agar dapat merehatkan pandangan. Tapi rumput hijau di luar kilang itu telah dibaluti oleh kain-kain batik berkayu-kayu panjangnya! Ada yang berwarna putih, biru air laut dan merah dengan bunga-bunga yang bercorak mendesak pandangan.

"Kecebur!!!" bunyi Kok Seng terjatuh ke dalam longkang berair lumpur di depan kilang. Air-air selut lumpur naik berantakan dalam formasi rawak ke muka Kok Seng. Muka Kok Seng yang putih itu menjadi hitam, seluruh badannya serta pakaian disaluti selut lumpur. Kok Seng kini bagaikan orang minyak...

Monday, June 24, 2013

Part 13 - Balik Kampung

Kok Seng tidak merasa tenang di Kuala Lumpur. Saban hari ada saja temannya satu bangsa dengannya yang dilanda kekewaan angkara bangsa sendiri. Golongan Along yang merengut keringat mereka sentiasa mengejar. Hidupnya usahawan-usahawan ini penuh dengan kemewahan palsu, segala keuntungan mereka tergadai di tangan Along. Dua bangsa yang mereka perlekehkan selama ini, Melayu dan Bangla... ramai yang 'lebih kaya' dari mereka walaupun hidup mereka sederhana sahaja. Kaum Cina sudah jatuh miskin. Kok Seng tidak terlibat dengan Along tapi mahu mengelak diri dengan mereka kerana dia pun usahawan. Dia ingin pulang ke kampung dan menyahut ajakan bapa angkatnya Pak Jak untuk mengusahakan kilang batiknya.
Dia teringatkan budi Pak Jak membelanya sedari kecil. Bahkan sebelum ibubapanya meninggal lagi Kok Seng selalu bertandang ke rumah Pak Jak dan isteri pertamanya Makcik Marni. Jika tiada orang Kok Seng bebas keluar masuk rumah itu mengambil makanan di dapur dan sebagainya.
Cuma bila sudah dewasa Kok Seng ingin ke bandar kerana ingin berusaha sendiri, setelah dia mendapat lima orang adik dari tiga isteri Pak Jak.
"Tujuan abah panggil kamu balik ni nak membahagikan wasiat sepertiga harta abah. Kok Seng, minta maafla papa cuma memanggil kamu ni untuk makluman saja kerana dengar khabarnya kamu dah ada perusahaan sendiri?"
"OK lah papa tapi kalau papa teragak-agak kerana berlainan agama,saya kini sedang mempelajari Islam?"
"Betulkah begitu?"Jerit Pak Jak penuh ceria."Beginilah" Pak Jak berfikir sejenak "kalau kamu jadi Muslim rasanya harta papa ni cukup untuk kamu berenam?Lainlah kalau kamu dapat adik seorang lagi? Kamu terpaksalah melepas Kok Seng. Lagipun kamu dah dewasa dan sedikit masa lagi papa akan berikan jawatan manager kilang kepada kamu jika kamu setuju...?"
"Yaaahoooo!!!" Kok Seng bertempik sambil menyanyikan lagu hindustan.

Wednesday, November 3, 2010

Kok Seng Novel 1 Malaysia Part 12

"Oh ya, boss," Kamil atau namanya Raju cuba menerangkan sesuatu,"kalau boss berminat nak mengenali Islam boss perlu mengenal Allah terlebih dahulu. Kalau nak mengenal Allah melalui pengkajian serta merenung ciptaan-ciptaannya. Saya ada mekanisme yang boleh menolong boss ke arah itu", Kamil berkata sambil mencapai sesuatu di dalam begnya. "Nah! Buku ini. Ada masa lapang bacalah boss" Kamil menghulurkan buku yang nipis itu kepada Kok Seng. Kok Seng mengambil dan membaca tajuknya,'IBNU QAYYIM BERBICARA TENTANG MANUSIA DAN SEMESTA'.

Melihatkan Kok Seng malu untuk membawa buku itu, Kamil mengambil seberkas akhbar berbahasa tamil dari dalam begnya. Dia kemudiannya membungkus buku kecil itu dengan kertas akhbar. Dengan itu tajuk buku itu tidak kelihatan dan Kok Seng tidaklah merasa malu apabila membawanya dalam LRT nanti."Nantilah saya baca..." ujar Kok Seng ringkas.

"Cantik kot yang boss pakai ni", Kamil memuji kot yang dipakai Kok Seng. Kok Seng merasa bangga di dalam hatinya dengan pujian Kamil. Kot yang dibeli dalam lelongan internet itu amat sesuai dengannya. Kot berwarna coklat muda dan pink di hujung itu telah banyak memikat amoi-amoi di jalanan. Kok Seng memanggilnya e-coat atau kot 'e'.

Pujian dari Kamil tadi menjadi pemangkin bagi merancakkan lagi perbualan mereka. Kebanyakannya berkisar tentang masalah-masalah dunia seperti projek, kerja, tender dan harga barang. Kok Seng cuba mengelak untuk bercakap mengenai Agama dan kepimpinan takut dia tersentak dan terasa hati lagi. Dia takut Kamil memberi lagi buku-buku berkaitan Islam kepadanya menjadikan dia tidak selesa.

Berbual punya berbual tak sedar hari telah petang. Orang-orang pun telah balik dari kerja.
"Eh, Kamil. Maaf la saya balik dulu ye, nanti penuh macam sardin plak LRT tu".
"Yalah boss, saya pun nak sembahyang asar ni, dah lewat dah".

Ramainya orang di stesen LRT itu menguatkan jangkaan Kok Seng bahawa ia akan menjadi sendat. Kok Seng berdiri di tempat yang paling hampir dengan pintu jika LRT berhenti. Dia tidak mahu berebut-rebut masa naik nanti.Akhirnya LRT tiba dan Kok Seng masuk dengan selamatnya. Dia berdiri di ruangan yang agak selesa dan tidak berhimpit-himpit.

Selepas itu apakala LRT itu tiba di stesen yang lain semakin ramai yang masuk. Ini menyebabkan Kok Seng terpaksa berhimpit-himpit. Tiba di satu stesen sekumpulan Amoi berpakaian seksi dalam tujuh orang meluru masuk dan menghimpit Kok Seng. Seperti biasa pandangan Kok Seng tertumpu pada banjaran-banjaran gunung yang seolah-olah ingin menimpanya. Ada yang seperti banjaran Himalaya yang mempunyai kemuncak Everest, Ada yang memanjang dari kiri ke kanan seperti Banjaran Andes. Tapi yang paling Kok Seng tak tahan ialah banjaran KiliMANJAro yang sengaja digeselkan kepadanya. Semakin LRT bergegar semakin kuat geselan itu sebagai mengambil kesempatan ke atasnya. "Penderaan sexual", fikir Kok Seng. Wajah Kok Seng yang 'plain' dan 'half baby face' itu cukup menarik perhatian amoi-amoi itu. Ada yang melirik matanya ke arah Kok Seng sambil bibir yang mungil bagai permata delima kena ketuk mempersembahkan sebuah senyuman kepadanya. Kok Seng berdebar-debar juga kerana insan yang tersenyum itu adalah pemilik banjaran KiliMANJAro. Di kedua-dua tepinya buah mangga siam yang masak ranum sengaja dilekapkan ke dada Kok Seng sekali sekala. Kok Seng mengerling ke arah banjaran KiliMANJAro, di kaki gunung itu ada lurah bagai tempat pertemuan sungai Gangga dan sungai Jamuna. Perutnya bagai padang pasir Sahara dan di tengahnya kelihatan tasik yang lebar dan panjang seperti laut Kesepian di negeri Iran. "Pusatnya tak cantik", kata hati Kok Seng. Dia cuba mengerling kepada pusat-pusat yang lain berhampiran, ada yang bulat seperti Laut Aral Melintang yang terletak di timur laut Kesepian, ada yang sempit memanjang seperti laut Mati di Jordan, ada yang tirus di atas dan bulat di bawah seperti tasik 'Machine gun' di Chicago, USA. Sewaktu asyik mengelamun dan mengintai pusat-pusat amoi itu, tiba-tiba dirasakan jari-jari halus memegang dan meramas kot 'e'nya yang telah diceritakan sebelum ini. Kok Seng dengan tak semena-mena berasa panas. Kepanasan jantungnya yang mengepam darah bertembung dengan kepanasan perut yang sedang memasak nan garlik lalu naik ke dadanya. Kepanasan itu agak berkurangan setelah dikipas dengan angin oksigen paru-paru, bagaikan tukang sate mengipas satenya. Lebih menggawatkan apabila wap-wap panas naik ke kepalanya. Kepanasan wap-wap panas itu boleh memecahkan kepala Kok Seng. Setibanya di kepala suhu wap-wap itu disejukkan oleh 'frion' yang mengalir di otak. Kok Seng terasa seolah-olah akan bertukar menjadi 'The Incredible Hulk'. Kulitnya semakin bertukar menjadi hijau terutama di bahagian urat. Kok Seng terkejut bila merasa salah satu anggotanya membesar akan tetapi lain-lain anggota tidak membesar. "Fuh! Tak jadi Hulk jugak aku!"Kok Seng mendengus di hatinya.

Monday, November 1, 2010

Kok Seng Novel 1 Malaysia Part 11

"Eh! Boss!" Raju pantas memeluk Kok Seng dan menepuk nepuk belakangnya. Kok Seng merasa bangga kerana dipeluk oleh seorang sami. "Bukan sami lah boss. Kami memanggilnya imam,"Raju menjelaskan setelah melepaskan pelukannya."Setiap kami layak menjadi imam asal saja tahu rukun-rukun dan bacan dalam sembahyang", sambung Raju.
"Bila awak jadi Muslim dan di mana awak belajar sembahyang, Raju?"Tanya Kok Seng.
"Er..sebelum tu nama saya bukan Raju lagi. Tapi Mohamed Kamil bin Abdullah. Panggil saja saya Kamil. Saya Muslim sebulan yang lalu, dan saya belajar sembahyang di Perkim. Err..boss, mari saya belanja minum?"
Mereka ke seberang jalan dan menemui kedai mamak tidak jauh dari situ. Kamil belanja Kok Seng roti nan garlic.
"Errr..boss makan ke ni, ke boss ni vampire?Kamil bergurau."Hahaha. Awak ni dari dulu lagi suka bergurau ya."Kok Seng tergelak kecil,"kan nan garlic ni kesukaan saya? Takkan awak tak tahu Raju...eh? Kamil..."
"Hmmm....Kamil, ini ada soalan cepumas saya nak tanya awak ni".
"Apa dia boss?"Kamil ternanti-nanti jawapan itu, jika berkaitan Islam dia sedia menjawabnya.
"Macam mana awak boleh memimpin orang-orang Melayu tadi? Bolehkah mereka menerima awak sebagai pemimpin?"
"Err... begini boss, sebenarnya kami orang-orang Muslim bersaudara di atas dasar iman. Tidak kira bangsa, warna kulit,pangkat kedudukan, kaya atau miskin. Hanya orang-orang bodoh di kalangan kami mempunyai prejudis perkauman. Itu pun kerana kurang didikan dan tidak didedahkan dengan ajaran Islam sebenar. Boss, kita kaum minoriti ini usah bermimpilah untuk menjadi pemimpin orang-orang Melayu. Mereka menyembah Allah, Tuhan yang satu pencipta dan pemelihara alam ini serta kita manusia ini keseluruhannya. Sedangkan kita kaum Cina dan India menghinakan diri kita dengan menyembah patung berhala yang kita buat dengan tangan kita sendiri."
"Sudah pandai berkhutbah pak imam kita ni,"Kok Seng menyembunyikan perasaan tersentaknya setelah mendengar penjelasan Kamil.