Saturday, January 16, 2016

Part 28 - Ucapan Cinta Kok Seng

"Aku  c...cin...ta.... Padamu Ina!" Itulah yang ingin diluahkan Kok Seng bila mana melihat wajah Ina yang indah itu tersenyum bersama satu naskah essay tentang batik. Entah kenapa Ina sekarang murah hati untuk menolong Kok Seng, mungkin untuk dijadikan batu loncatan bagi melupakan perkahwinannya yang tidak jadi kerana ditipu Datuk. Tapi Kok Seng tidak memikirkan itu semua. Perasaan cintanya telah menenggelamkan semua buruk sangka.
Adakah akan diucapkan kata cinta itu sekarang? Mustahil... Kalau diucapkan juga sudah tentu hatinya meletus ibarat dibom pengganas dan akan meneraburkan darahnya di sekitar pada pokok-pokok, jalan dan kenderaan sebagai mana berteraburnya rasa cinta Kok Seng diserang gelora cinta. Kepada seorang Sabrina AbdusSalam!

No comments:

Post a Comment