Kok Seng baru saja ingin melangkah pergi Ketika dia mendengar suara memanggilnya. Rupa-rupanya adik angkatnya Hairani menyapa dari belakang. Dia baru saja keluar dari bangunan itu selepas menonton cerita Mok Cun yang menjadi inspirasi usahawan wanita.
"Abang Kenal Sabrina Abdussalam? Ani jumpa dia tadi. Dia kata dia kenal abang".
'Gulp' hati Kok Seng Retak seribu. Ina yang dekat dirasanya jauh. Kerana dia dah Ada yang punya.
"Datin Sabrina? Husband dia ada sekali ke?"
Ani diam beberapa saat.
"Abang tak tahu cerita ke? Datuk tu dah Ada isteri... Jadi Sabrina menolaknya".
"Owh! Yahoo! Yes! Yes!" Kok Seng beraksi sepontan menandakan hatinya berbunga kembali.
"Err... Ada apa-apa Ke bang?" Tanya Ani berkerut.
"Eh! Tak Ada apa-apalah" Kok Seng selamba dengan perasan malu.
Kini dirasakan Ina Sentiasa Ada di sampingnya walaupun kelibatnya tidak kelihatan. Tiba-tiba
Kelihatan kereta mewahnya berlalu di depan mata lalu berhenti.
"You guys dah makan ke? Tanya orang dalam kereta itu, orang yang digilai Kok Seng!
No comments:
Post a Comment