Wednesday, January 6, 2016

Part 21 - Syarikat Melawan Kampung

Kok Seng kini terpaksa keluar dari Liga CCL. CCL ialah ringkasan dari 'Chinese Championship League'. Walaupun berjaya menjaringkan dua gol yang merupakan gol kemenangan pasukannya dan berjaya melonjakkan pasukannya Fungsayuk dari tempat keempat ke tempat ketiga, Kok Seng mendapat sindiran dari coach dan rakan-rakan kerana memakai seluar panjang.
"Kamu sertai saja pasukan yang Papa jadi pengurus iaitu pasukan Batik dalam Liga Kampung Dan Desa Pantai Timur yang terdiri Dari kampung-kampung di Kelantan dan Terengganu yang bersempadan", Pak Jak mempelawa Kok Seng.
"Di sini tak kisah kamu nak pakai seluar panjang," sambung Pak Jak.
"Coach tak marah ke Papa?" Tanya Kok Seng.
"Eh... Ini kan pasukan Papa. Kalau coach marah pakai seluar panjang nanti Papa pecatlah dia!" Perbualan mereka diselangi gelak ketawa.
"Kenapa syarikat kita bertanding di liga kampung?" Tanya Kok Seng.
"Kerana ini saja syarikat perusahaan batik di kawasan sempadan ini. Jadi Papa memohon masuk dalam liga kampung. Ini kira macam kelab la macam ATM, Polis Dan Felda dalam liga super." Jelas Pak Jak.


No comments:

Post a Comment