Bulat air kerana pembetong, bulat manusia kerana muafakat. Yang bulat datang bergolek yang pipih datang melayang. Itulah Bulat anak Mat Lela Gila karya Pak Sako, seorang lagi novelis idolaku selain Hamka.
Kembali ke kisah Kok Seng. Pusing Kok Seng kerana kekoksengannya. Yang Kok datang mengeseng.
"Itu gimik saja?" Tanya Kok Seng kepada Hairani Abdul Razak, Adik angkatnya yang juga pengurus perusahaan batik Pak Jak di Kuala Lumpur.
"Ya bang. Sebenarnya Watak Jebat itu menggambarkan kiilang batik yang akan kita buka di Melaka. Watak Ghandi Dan Kai Shek menggambarkan kita Akan buka cawangan di India Dan Taiwan!"
"Owh! Sampai begitu sekali!" Kok Seng terkejut.
"Er... Ani, kata nak berebut tender kat Hollywood?"
"Ha.. Ini yang Ani nak minta tolong abang ni!"
"Tolong macam mana?"
"Kita kena buat proposal berbentuk report tentang aktiviti kompeni kita. Salah satu content report tu kena Ada essay tentang batik. Boleh abang buat essay tu dalam English?"
"Hmmm... Whatever!" Macam berlagak Kok Seng menggayakan aksi speaking itu.
No comments:
Post a Comment