Thursday, January 14, 2016

Part 25 - Jauhar Dan Aradh

Kok Seng menyesal kerana berlagak di depan Ani seolah-olah senang sangatlah nak buat essay tentang batik dalam English language, kenapa dia tak tolak tawaran Ani tu? Fikirnya.
Kini Kok Seng berada di Kuala Lumpur. Lagi pun sebulan dia digantung kerana dapat Kad merah hari tu, rumahnya di persekitaran yang tenang Ada ikan berlompatan di kolam, kucing, serangga terbang dan burung gagak!
Kok Seng merenung pada sehelai batik untuk mencari idea. Cantik corak dan warnanya. Kok Seng tak mual lagi. Corak dan warna itulah Aradh dan kain batik itulah Jauhar. Semua perkara di dunia ini adalah Jauhar dan Aradh,berjisim  bermolekul bersel berzarah bercorak berwarna. Aradh adalah sifat. Ia tak berdiri sendiri tanpa Jauhar. Misalnya warna putih tidak berdiri sendiri melainkan pada benda putih umpama kertas, dinding, siling dan sebagainya.
Tuhan itu tidaklah Jauhar Dan Aradh kerana itu sifat makhluk. Tuhan bukannya Aradh (sifat) tapi Dia adalah zat. Yang bersalahan Dari segala yang baharu kerana dia Maha Suci. Orang yang kurang akalnya Akan menjadi Socrates kecil lalu bertanya mengapa dan  mengapa, mengapa ayat ini kata begini, seumpama tangan, tangan kanan, wajahNya di mana saja kamu berpaling, bersemayam di atas Arasy dan sebagainya. Padahal Tuhan sendiri yang mengklasifikasikan ayatNya sebagai muhkamat dan mutasyabihat dalam surah Ali Imran ayat 7. Mereka yang yakin dengan surah Al Ikhlas serta Assyura ayat 11 serta yakin dengan asma' AlQuddus, Assalam, Al-A'la serta yakin dengan ajaran Abu Hassan Asy'ari dan Abu Mansur Maturidi bahawa Allah itu mukhalafatuhulilhawadith iaitu bersalahan Allah Dari segala yang baharu akan menyerahkan makna Ayat-ayat mutasyabihat kepada Yang Empunyanya sendiri iaitu Allah SubhanahuwaTaala. Mereka itulah orang-orang yang 'Rasikh di dalam ilmu'.

No comments:

Post a Comment