"Eh! Boss!" Raju pantas memeluk Kok Seng dan menepuk nepuk belakangnya. Kok Seng merasa bangga kerana dipeluk oleh seorang sami. "Bukan sami lah boss. Kami memanggilnya imam,"Raju menjelaskan setelah melepaskan pelukannya."Setiap kami layak menjadi imam asal saja tahu rukun-rukun dan bacan dalam sembahyang", sambung Raju.
"Bila awak jadi Muslim dan di mana awak belajar sembahyang, Raju?"Tanya Kok Seng.
"Er..sebelum tu nama saya bukan Raju lagi. Tapi Mohamed Kamil bin Abdullah. Panggil saja saya Kamil. Saya Muslim sebulan yang lalu, dan saya belajar sembahyang di Perkim. Err..boss, mari saya belanja minum?"
Mereka ke seberang jalan dan menemui kedai mamak tidak jauh dari situ. Kamil belanja Kok Seng roti nan garlic.
"Errr..boss makan ke ni, ke boss ni vampire?Kamil bergurau."Hahaha. Awak ni dari dulu lagi suka bergurau ya."Kok Seng tergelak kecil,"kan nan garlic ni kesukaan saya? Takkan awak tak tahu Raju...eh? Kamil..."
"Hmmm....Kamil, ini ada soalan cepumas saya nak tanya awak ni".
"Apa dia boss?"Kamil ternanti-nanti jawapan itu, jika berkaitan Islam dia sedia menjawabnya.
"Macam mana awak boleh memimpin orang-orang Melayu tadi? Bolehkah mereka menerima awak sebagai pemimpin?"
"Err... begini boss, sebenarnya kami orang-orang Muslim bersaudara di atas dasar iman. Tidak kira bangsa, warna kulit,pangkat kedudukan, kaya atau miskin. Hanya orang-orang bodoh di kalangan kami mempunyai prejudis perkauman. Itu pun kerana kurang didikan dan tidak didedahkan dengan ajaran Islam sebenar. Boss, kita kaum minoriti ini usah bermimpilah untuk menjadi pemimpin orang-orang Melayu. Mereka menyembah Allah, Tuhan yang satu pencipta dan pemelihara alam ini serta kita manusia ini keseluruhannya. Sedangkan kita kaum Cina dan India menghinakan diri kita dengan menyembah patung berhala yang kita buat dengan tangan kita sendiri."
"Sudah pandai berkhutbah pak imam kita ni,"Kok Seng menyembunyikan perasaan tersentaknya setelah mendengar penjelasan Kamil.
No comments:
Post a Comment