Kok Seng masih terfikir-fikir dan termenung-menung peristiwa yang dialaminya hari itu. Petangnya sewaktu pulang kerja dari kilang batik Pak Jak, Kok Seng terasa hendak singgah di sebuah padang tempat beberapa ekor kambing meragut rumput. Dilihatnya seekor kambing berwarna putih dan seekor lagi berwarna hitam berada berhampiran seolah-olah sedang berbual-bual.
"Ha! Itu pun Kok Seng si bodoh tu!" kata kambing berwarna putih. Seolah-olah itulah bunyi yang didengar Kok Seng.
"Mengapa dia masih terfikir-fikir lagi untuk memilih jalan kebenaran?"
"Kita tak tahu lagi. Tapi kalau dia dah mati dan belum pilih lagi jalan kebenaran dia memang betul-betul bodoh!" balas si kambing hitam sambil menguatkan kunyahannya hingga gigi bawahnya kelihatan seperti menyenget.
"Betulkah kata-kata kambing itu? Bodohkah aku?" fikir Kok Seng 'confuse'.
"Kok Seng, esok boleh hantar batik ke Butik INASALAM? Nanti pagi-pagi ada budak yang akan membawa spek batik-batik tu serta alamat butiknya sekali," Pak Jak menghubungi Kok Seng melalui telefon bimbit.
"Baik papa."
Mudahnya urusan di zaman ini sejak ada handphone tak perlu menggunakan surat lagi, itu yang ada di fikiran Kok Seng sewaktu dia tiba-tiba nampak seorang lelaki berpakaian tradisi orang kampung Sumatera sedang bergembira ria menatap satu surat.
"Hai, surat apa yang menyebabkan awak begitu gembira tu?" Kok Seng memberanikan diri untuk bertanya kerana dia rasa dia kenal juga dengan orang itu, iaitu orang asal Sulawesi yang sudah lama tinggal di Sumatera.
"Hai...Kok Seng! Lama tak nampak kamu. Ini surat dari Hayati. Katanya dia akan tiba di Pelabuhan Kota Padang dengan kapal 'Van Der Vijk'. Aku ingin pergi ke rumah sahabatku Muluk bagi menceterakan berita gumbiraku ini!"
Tiba-tiba saja kelibat orang itu hilang di sebalik pepohonan. Kok Seng kehairanan. Kenapa orang itu mengenalinya? Adakah itu watak 'Zainuddin' kekasih 'Hayati' dan sahabat karib Muluk dalam novel 'Tenggelamnya Kapal Van Der Vijk' karya Prof. Dr. Hamka yang pernah dibacanya?
Kok Seng tersentak dan keluar dari alam lamunannya. Dia terus menuju kereta Chevrolet hadiah Pak Jak. Kok Seng pun pulang dengan kepalanya bermain seribu tandatanya dan bintang Zuhrah serta Kejora. Kalaulah dia mempunyai seorang 'Hayati' kepada 'Zainuddin' maka dia merasakan ada satu cahaya untuk berjalan di lorong kehidupan ini, yang selama ini dilaluinya penuh dengan kekoksengan kekoksengan percampuran antara khayalan dan realiti. Watak-watak yang dilihatnya sebentar tadi kelihatan seolah-olah begitu hidup dalam kekoksengan kekoksengannya.
Beberapa ekor ikan melompat-lompat di permukaan air dari kolam berhampiran.
'blub...blab....blub....blab...blub...blab............'
No comments:
Post a Comment