Kok Seng menyesal kerana berlagak di depan Ani seolah-olah senang sangatlah nak buat essay tentang batik dalam English language, kenapa dia tak tolak tawaran Ani tu? Fikirnya.
Kini Kok Seng berada di Kuala Lumpur. Lagi pun sebulan dia digantung kerana dapat Kad merah hari tu, rumahnya di persekitaran yang tenang Ada ikan berlompatan di kolam, kucing, serangga terbang dan burung gagak!
Kok Seng merenung pada sehelai batik untuk mencari idea. Cantik corak dan warnanya. Kok Seng tak mual lagi. Corak dan warna itulah Aradh dan kain batik itulah Jauhar. Semua perkara di dunia ini adalah Jauhar dan Aradh,berjisim bermolekul bersel berzarah bercorak berwarna. Aradh adalah sifat. Ia tak berdiri sendiri tanpa Jauhar. Misalnya warna putih tidak berdiri sendiri melainkan pada benda putih umpama kertas, dinding, siling dan sebagainya.
Tuhan itu tidaklah Jauhar Dan Aradh kerana itu sifat makhluk. Tuhan bukannya Aradh (sifat) tapi Dia adalah zat. Yang bersalahan Dari segala yang baharu kerana dia Maha Suci. Orang yang kurang akalnya Akan menjadi Socrates kecil lalu bertanya mengapa dan mengapa, mengapa ayat ini kata begini, seumpama tangan, tangan kanan, wajahNya di mana saja kamu berpaling, bersemayam di atas Arasy dan sebagainya. Padahal Tuhan sendiri yang mengklasifikasikan ayatNya sebagai muhkamat dan mutasyabihat dalam surah Ali Imran ayat 7. Mereka yang yakin dengan surah Al Ikhlas serta Assyura ayat 11 serta yakin dengan asma' AlQuddus, Assalam, Al-A'la serta yakin dengan ajaran Abu Hassan Asy'ari dan Abu Mansur Maturidi bahawa Allah itu mukhalafatuhulilhawadith iaitu bersalahan Allah Dari segala yang baharu akan menyerahkan makna Ayat-ayat mutasyabihat kepada Yang Empunyanya sendiri iaitu Allah SubhanahuwaTaala. Mereka itulah orang-orang yang 'Rasikh di dalam ilmu'.
Thursday, January 14, 2016
Tuesday, January 12, 2016
Perishtiharan Novel Kok Seng
Sebagaimana kebanyakan novel, cerpen Dan sinetron maka pengarangnya mengishtiharkan novel ini hanyalah fiksi, tiada kena mengena samada yang masih hidup Dan yang telah mati. Kalau Ada persamaan Nama Dan Watak itu hanyalah kebetulan saja.
Part 24 - Bulat Anak Mat Lela Gila
Bulat air kerana pembetong, bulat manusia kerana muafakat. Yang bulat datang bergolek yang pipih datang melayang. Itulah Bulat anak Mat Lela Gila karya Pak Sako, seorang lagi novelis idolaku selain Hamka.
Kembali ke kisah Kok Seng. Pusing Kok Seng kerana kekoksengannya. Yang Kok datang mengeseng.
"Itu gimik saja?" Tanya Kok Seng kepada Hairani Abdul Razak, Adik angkatnya yang juga pengurus perusahaan batik Pak Jak di Kuala Lumpur.
"Ya bang. Sebenarnya Watak Jebat itu menggambarkan kiilang batik yang akan kita buka di Melaka. Watak Ghandi Dan Kai Shek menggambarkan kita Akan buka cawangan di India Dan Taiwan!"
"Owh! Sampai begitu sekali!" Kok Seng terkejut.
"Er... Ani, kata nak berebut tender kat Hollywood?"
"Ha.. Ini yang Ani nak minta tolong abang ni!"
"Tolong macam mana?"
"Kita kena buat proposal berbentuk report tentang aktiviti kompeni kita. Salah satu content report tu kena Ada essay tentang batik. Boleh abang buat essay tu dalam English?"
"Hmmm... Whatever!" Macam berlagak Kok Seng menggayakan aksi speaking itu.

Sunday, January 10, 2016
Part 23 - Dur Dan Tasalsul
Adalah pada cerita novel Kok Seng ini berlakunya kisah-kisah secara berterusan dan berulang-ulang adalah sengaja pengarangnya nak memberikan perumpamaan bahawa dalam dunia ini berlakunya dua perkara saja, iaitu Dur (kitaran) Dan Tasalsul (kesinambungan). Hanya Tuhan saja yang tidak bersifat Dur dan Tasalsul kerana Tuhan itu tidak berbentuk kitaran dan salasilah sambung menyambung kerana Tuhan itu bersifat Mahasuci Dan MahaEsa dan bersalahan bagi sekalian makhluk, Mahakaya tidak berhajat serta tidak beranak atau diperanakkan, tidak mewarisi Dan diperwariskan. Wallahua'lam.
Saturday, January 9, 2016
Part 22 - Zaki Yamani Dari Wakaf Lenchong
Kali ini pasukan Batik menentang pasukan kampung Wakaf Lenchong. Agak Sukar Kok Seng menembusi benteng pertahanannya iaitu negro Arab yang merupakan pemain import. Kulitnya tidak sehitam negro yang lain. Tiba-tiba di pertengahan perlawanan dengan hati yang geram...
"Pra app!"
Kok Seng membentes Zaki Yamani. Dengan marah Zaki Yamani menjerit,
"You kill me!"
Kok Seng terkejut. Dia dikenakan Kad merah. Tapi bukan itu yang mengejutkannya. Dia terkesan dengan jeritan Zaki Yamani itu. Sewaktu melangkah keluar Padang dia teringat burung gagak yang di bunuhnya dalam ilusi dulu. Terpinga-terpinga dan terhoyong hayang dia,
"Jebelussss!"
Jatuh ke dalam longkang.
"Hahaha! Dah macam orang minyak kau Kok Seng.." Ketawa Pak Jak.

Wednesday, January 6, 2016
Part 21 - Syarikat Melawan Kampung
Kok Seng kini terpaksa keluar dari Liga CCL. CCL ialah ringkasan dari 'Chinese Championship League'. Walaupun berjaya menjaringkan dua gol yang merupakan gol kemenangan pasukannya dan berjaya melonjakkan pasukannya Fungsayuk dari tempat keempat ke tempat ketiga, Kok Seng mendapat sindiran dari coach dan rakan-rakan kerana memakai seluar panjang.
"Kamu sertai saja pasukan yang Papa jadi pengurus iaitu pasukan Batik dalam Liga Kampung Dan Desa Pantai Timur yang terdiri Dari kampung-kampung di Kelantan dan Terengganu yang bersempadan", Pak Jak mempelawa Kok Seng.
"Di sini tak kisah kamu nak pakai seluar panjang," sambung Pak Jak.
"Coach tak marah ke Papa?" Tanya Kok Seng.
"Eh... Ini kan pasukan Papa. Kalau coach marah pakai seluar panjang nanti Papa pecatlah dia!" Perbualan mereka diselangi gelak ketawa.
"Kenapa syarikat kita bertanding di liga kampung?" Tanya Kok Seng.
"Kerana ini saja syarikat perusahaan batik di kawasan sempadan ini. Jadi Papa memohon masuk dalam liga kampung. Ini kira macam kelab la macam ATM, Polis Dan Felda dalam liga super." Jelas Pak Jak.

Sunday, December 20, 2015
Part 20 - Hang Jebat, Ghandi dan Kai Shek
Kok Seng masih menggunakan gelarannya iaitu kokseng bermakna ikut dan dalam bahasa kelantan, begitulah penulis novel ini main ikut dan memerah idea menyebabkan cerita bagai tidak berkesinambungan bermain dengan ilusi dan realiti. Lagipun, bukankah kebiasaannya penulisan novel itu berdasarkan ilusi pengarangnya. Kalau kau nak mencari Zainudin dan muluk jenuhlah kau mencari di alam luar ini. Tengkorak dan mayat hayati jenuhlah kau mencari di dasar laut. Teknologi google pun tak dapat mencarinya!
Kok Seng kini ke ruangan konvension pwtc. Katanya ada konvension batik sedunia. Baru saja dikopaknya pintu konvension itu dia kehairanan kerana ada seorang berpakaian pahlawan zaman dahulu sedang berucap,
"Kita mestilah menggunakan cara mengamuk untuk menyingkirkan pemerintahyangzalim, lihatlah aku! Aku dapat menghalau sultan Melaka dari istananya! Hahahaha!!!"
Tiba-tiba ada seorang india botak berkaca mata berselempang putih mencelah,
"Salahcara kau tu Jebat! Lihatlah aku.. Menggunakan cara yang proaktif mengumpulkan pengikut sehingga penjajah British angkat kaki!"
Seorang cina berpakaian tentera berambut pendek pula menggamatkan suasana,
"Aku pula membawa pengikutku lari dari komunisme ke sebuah pulau bernama Taiwan"
"Cis! Gandhi, Kai Shek! Kamu berdua mengganggu ucapanku! Aku nak mengamuk!"pekik orang yang berpakaian pahlawan lama itu.
"Itukah Hang Jebat?" Fikir Kok Seng.

Subscribe to:
Posts (Atom)