Sunday, December 20, 2015

Part 20 - Hang Jebat, Ghandi dan Kai Shek

Kok Seng masih menggunakan gelarannya iaitu kokseng bermakna ikut dan dalam bahasa kelantan, begitulah penulis novel ini main ikut dan memerah idea menyebabkan cerita bagai tidak berkesinambungan bermain dengan ilusi dan realiti. Lagipun, bukankah kebiasaannya penulisan novel itu berdasarkan ilusi pengarangnya. Kalau kau nak mencari Zainudin dan muluk jenuhlah kau mencari di alam luar ini. Tengkorak dan mayat hayati jenuhlah kau mencari di dasar laut. Teknologi google pun tak dapat mencarinya!
Kok Seng kini ke ruangan konvension pwtc. Katanya ada konvension batik sedunia. Baru saja dikopaknya pintu konvension itu dia kehairanan kerana ada seorang berpakaian pahlawan zaman dahulu sedang berucap,
"Kita mestilah menggunakan cara mengamuk untuk menyingkirkan pemerintahyangzalim, lihatlah aku! Aku dapat menghalau sultan Melaka dari istananya! Hahahaha!!!"
Tiba-tiba ada seorang india botak berkaca mata berselempang putih mencelah,
"Salahcara kau tu Jebat! Lihatlah aku.. Menggunakan cara yang proaktif mengumpulkan pengikut sehingga penjajah British angkat kaki!"
Seorang cina berpakaian tentera berambut pendek pula menggamatkan suasana,
"Aku pula membawa pengikutku lari dari komunisme ke sebuah pulau bernama Taiwan"
"Cis! Gandhi, Kai Shek! Kamu berdua mengganggu ucapanku! Aku nak mengamuk!"pekik orang yang berpakaian pahlawan lama itu.
"Itukah Hang Jebat?" Fikir Kok Seng.

No comments:

Post a Comment