Tuesday, January 12, 2016

Perishtiharan Novel Kok Seng

Sebagaimana kebanyakan novel, cerpen Dan sinetron maka pengarangnya mengishtiharkan novel ini hanyalah fiksi, tiada kena mengena samada yang masih hidup Dan yang telah mati. Kalau Ada persamaan Nama Dan Watak itu hanyalah kebetulan saja.

Part 24 - Bulat Anak Mat Lela Gila

Bulat air kerana pembetong, bulat manusia kerana muafakat. Yang bulat datang bergolek yang pipih datang melayang. Itulah Bulat anak Mat Lela Gila karya Pak Sako, seorang lagi novelis idolaku selain  Hamka.
Kembali ke kisah Kok Seng. Pusing Kok Seng kerana kekoksengannya. Yang Kok datang mengeseng.
"Itu gimik saja?" Tanya Kok Seng kepada Hairani Abdul Razak, Adik angkatnya yang juga pengurus perusahaan batik Pak Jak di Kuala Lumpur.
"Ya bang. Sebenarnya Watak Jebat itu menggambarkan kiilang batik yang akan kita buka di Melaka. Watak Ghandi Dan Kai Shek menggambarkan kita Akan buka cawangan di India Dan Taiwan!"
"Owh! Sampai begitu sekali!" Kok Seng terkejut.
"Er... Ani, kata nak berebut tender kat Hollywood?"
"Ha.. Ini yang Ani nak minta tolong abang ni!"
"Tolong macam mana?"
"Kita kena buat proposal berbentuk report tentang aktiviti kompeni kita. Salah satu content report tu kena Ada essay tentang batik. Boleh abang buat essay tu dalam English?"
"Hmmm... Whatever!" Macam berlagak Kok Seng menggayakan aksi speaking itu.

Sunday, January 10, 2016

Part 23 - Dur Dan Tasalsul

Adalah pada cerita novel Kok Seng ini berlakunya kisah-kisah secara berterusan dan berulang-ulang adalah sengaja pengarangnya nak memberikan perumpamaan bahawa dalam dunia ini berlakunya  dua perkara saja, iaitu Dur (kitaran) Dan Tasalsul (kesinambungan). Hanya Tuhan saja yang tidak bersifat Dur dan Tasalsul kerana Tuhan itu tidak berbentuk kitaran dan salasilah sambung menyambung kerana Tuhan itu bersifat Mahasuci Dan MahaEsa dan bersalahan bagi sekalian makhluk, Mahakaya tidak berhajat serta tidak beranak atau diperanakkan, tidak mewarisi Dan diperwariskan. Wallahua'lam.

Saturday, January 9, 2016

Part 22 - Zaki Yamani Dari Wakaf Lenchong

Kali ini pasukan Batik menentang pasukan kampung Wakaf Lenchong. Agak Sukar Kok Seng menembusi benteng pertahanannya iaitu negro Arab yang merupakan pemain import. Kulitnya tidak sehitam negro yang lain. Tiba-tiba di pertengahan perlawanan dengan hati yang geram...
"Pra app!"
Kok Seng membentes Zaki Yamani. Dengan marah Zaki Yamani menjerit,
"You kill me!"
Kok Seng terkejut. Dia dikenakan Kad merah. Tapi bukan itu yang mengejutkannya. Dia terkesan dengan jeritan Zaki Yamani itu. Sewaktu melangkah keluar Padang dia teringat burung gagak yang di bunuhnya dalam ilusi dulu. Terpinga-terpinga dan terhoyong hayang dia,
"Jebelussss!"
Jatuh ke dalam longkang.
"Hahaha! Dah macam orang minyak kau Kok Seng.." Ketawa Pak Jak.

Wednesday, January 6, 2016

Part 21 - Syarikat Melawan Kampung

Kok Seng kini terpaksa keluar dari Liga CCL. CCL ialah ringkasan dari 'Chinese Championship League'. Walaupun berjaya menjaringkan dua gol yang merupakan gol kemenangan pasukannya dan berjaya melonjakkan pasukannya Fungsayuk dari tempat keempat ke tempat ketiga, Kok Seng mendapat sindiran dari coach dan rakan-rakan kerana memakai seluar panjang.
"Kamu sertai saja pasukan yang Papa jadi pengurus iaitu pasukan Batik dalam Liga Kampung Dan Desa Pantai Timur yang terdiri Dari kampung-kampung di Kelantan dan Terengganu yang bersempadan", Pak Jak mempelawa Kok Seng.
"Di sini tak kisah kamu nak pakai seluar panjang," sambung Pak Jak.
"Coach tak marah ke Papa?" Tanya Kok Seng.
"Eh... Ini kan pasukan Papa. Kalau coach marah pakai seluar panjang nanti Papa pecatlah dia!" Perbualan mereka diselangi gelak ketawa.
"Kenapa syarikat kita bertanding di liga kampung?" Tanya Kok Seng.
"Kerana ini saja syarikat perusahaan batik di kawasan sempadan ini. Jadi Papa memohon masuk dalam liga kampung. Ini kira macam kelab la macam ATM, Polis Dan Felda dalam liga super." Jelas Pak Jak.


Sunday, December 20, 2015

Part 20 - Hang Jebat, Ghandi dan Kai Shek

Kok Seng masih menggunakan gelarannya iaitu kokseng bermakna ikut dan dalam bahasa kelantan, begitulah penulis novel ini main ikut dan memerah idea menyebabkan cerita bagai tidak berkesinambungan bermain dengan ilusi dan realiti. Lagipun, bukankah kebiasaannya penulisan novel itu berdasarkan ilusi pengarangnya. Kalau kau nak mencari Zainudin dan muluk jenuhlah kau mencari di alam luar ini. Tengkorak dan mayat hayati jenuhlah kau mencari di dasar laut. Teknologi google pun tak dapat mencarinya!
Kok Seng kini ke ruangan konvension pwtc. Katanya ada konvension batik sedunia. Baru saja dikopaknya pintu konvension itu dia kehairanan kerana ada seorang berpakaian pahlawan zaman dahulu sedang berucap,
"Kita mestilah menggunakan cara mengamuk untuk menyingkirkan pemerintahyangzalim, lihatlah aku! Aku dapat menghalau sultan Melaka dari istananya! Hahahaha!!!"
Tiba-tiba ada seorang india botak berkaca mata berselempang putih mencelah,
"Salahcara kau tu Jebat! Lihatlah aku.. Menggunakan cara yang proaktif mengumpulkan pengikut sehingga penjajah British angkat kaki!"
Seorang cina berpakaian tentera berambut pendek pula menggamatkan suasana,
"Aku pula membawa pengikutku lari dari komunisme ke sebuah pulau bernama Taiwan"
"Cis! Gandhi, Kai Shek! Kamu berdua mengganggu ucapanku! Aku nak mengamuk!"pekik orang yang berpakaian pahlawan lama itu.
"Itukah Hang Jebat?" Fikir Kok Seng.

Thursday, December 17, 2015

Part 19 - Liga CCL

Habis berurusan dengan Ina, Kok Seng keluar melangkah kaki dengan kepalanya bagaikan berkabut dengan mega jingga, "sudah terlewat" fikirnya... Setelah dia mengetahui Ina akan berkahwin minggu depan dengan seorang jutawan berpangkat datuk. Langkahnya kian longlai. Dalam Chevrolet Kok Seng termenung..."kalau aku masih dalam liga CCL ada cara aku nak release tension" fikirnya... Dia teringat baru minggu lepas dia menjaringkan gol penyamaan yang membawa pasukannya ke tangga kedua liga. Tapi malangnya selepas itu kedudukan pasukannya jatuh dua anak tangga setelah pasukan di bawahnya menewaskan pendahulu liga 7 - 0. "Hidup ini memang akan ada naik turunnya macam liga bolasepak juga" hatinya membuat kesimpulan.
Tiba-tiba Kok Seng teringatkan Kamil serta nasihat-nasihat hikmah serta Pak Jak yang menyangka dia telah Islam. Dia teringat juga mendiang Alex yang mati kemurungan, dia teringat gadis-gadis LRT yang berpakaian seksi bergayutan tanpa arah... Dia teringat perbualan kambing, Zainudin dan Hayati, Muluk, ikan ikan berloncatan, kucing serta serangga terbang, burung gagak serta Lara yang berjiwa lara di kota Kucing... Namun ingatan kepada TPK yang dipujanya sebelum ini datang kemudian. Baginya TPK adalah benda mati. "Aku ingin menyembah Tuhan yang hidup!" Pekiknya di  dalam chevrolet mengejutkan pemilik butik Inasalam dalam pejabatnya.
Satu anjakan paradigma yang meningkat naik dan mendadak, bagai pasukan bawah menguasai liga. Pak Jak kini gembira, Kamil gembira. Cahaya telah datang dalam kehidupan Kok Seng yang kini adalah Kasim. Dia mula membeli seluar panjang untuk bermain dalam liga CCL!